Saturday, April 23, 2016

Pengiraan Dividen ASB

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1269741976386799&id=100000530270399


Semua orang suka kalau dapat dividen. Setiap tahun bulan 1 confirm ramai yang pi beratur kat bank untuk check dividen. Bagi aku wat pe lah nak susah2 pi beratur panjang-panjang semata2 nak check dividen n bonus ASB. Bazir masa dan tenaga je. Lain lah kalau yang terpaksa guna duit dividen tu untuk kegunaan yang penting.

Korang tau x macam mane kira Dividen ASB ni ? 🤔

BAKI TERENDAH SETIAP BULAN. ✔
Ok. First yang korang kena tau.Penting ni. Faham? Aku ulang "baki terendah setiap bulan". Kalau maksud baki terendah setiap bulan pun tarak faham, memang x boleh kira lah Dividen ASB secara tepat.

Dividen ASB ni kiraan nya prorate baki terendah setiap bulan. ✔

Maksudnya dividen akan dikira baki terendah bulan tersebut selama 12 bulan.
Contoh :
(1) Simpan 10k pada bulan 1
- So akan dapat dividen utk 11 bulan.
Sebab dividen dikira dari bulan 2 hingga bulan 12

(2) Simpan 10k pada bulan 9
- So akan dapat dividen utk 3 bulan.
Sebab dividen dikira dari bulan 10 hingga bulan 12.

** Yang buat ASB Financing pun sama, tengok bila loan tu DISBURSE. Kalau loan disburse bulan 4, so kiraan dividen start dari bulan 5. FAHAM x ?
** Aku ulang. Tengok bila loan tu DISBURSE. Bukan tengok bila korang start bayar. 明白吗?

Cara Kira Salah ❌
- Hujung tahun ada balance dalam ASB 10k, padahal baru je masuk kan duit 10k bulan lps. Pahtu buat cara kiraan sendiri .
10k x 7.25% = rm725.
Bila check2 dividen, tengok dapat dividen x smpai rm100 pun, pahtu meroyan x tentu pasal. Hmm

Check Acc ASB setiap bulan dari 2hb hingga next month 1hb. ✔
Dalam tempoh tu, tengok lah baki terendah.
Contoh
(1) bulan 4. Balance ada 20k. Tambah saving 1k. Lepas tu kuarkan pulak 5k.
So new balance 24k. Jangan suka melulu, sebab dividen dikira based on 16k. Bukan 24k. Faham ?

Dari itu, terbentuk lah formula. ✔✔

Baki terendah bulanan x dividen (%) x 1/12
- Dapatlah dividen untuk sebulan.
- Ulang kiraan ni utk bulan seterusnya.

Setiap orang pasti akan ada masuk dan kuarkan duit dalam tempoh setahun tu. Lebih2 lagi yg guna teknik rolling utk ASB Financing. Kiraan 200k x 7.25% untuk dapatkan nilai dividen yg diperoleh too general, tidak tepat. Kerana baki terendah setiap bulan tidak sama.

Pesanan Terakhir,
Faham maksud BAKI TERENDAH SETIAP BULAN ‼

- Apih Precious -
Cimb Wealth Advisor

No comments:

Post a Comment