Friday, April 22, 2016

AMANAH SAHAM/UNIT AMANAH/UNIT TRUST

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1596680057315845&id=1523844057932779


AMANAH SAHAM/UNIT AMANAH/UNIT TRUST

Masih ramai dikalangan masyarakat kita yang berpendapat amanah saham@unit amanah@unit trust adalah satu platform yang berbeza sedangkan sebenarnya 100% adalah SAMA..

Yang membezakannya adalah
1)AMANAH SAHAM HARGA TETAP
2)AMANAH SAHAM HARGA BERUBAH UBAH

Bagi amanah saham harga tetap pelabur membeli unit yang ditawarkan pada harga seunit yang tetap..Sebagai contoh tabung ASB..Tabung ASB ditawarkan kepada pelabur dengan harga seunit yang tetap iaitu RM1 per unit

Bagi amanah saham harga berubah ubah pelabur membeli unit yang ditawarkan pada harga seunit yang tidak tetap dan berbeza..Sebagai contoh tabung ASN..Tabung ASN ditawarkan kepada pelabur dengan harga seunit yang berbeza..Pada 31 Disember 2014 harga seunit ASN adalah RM0.7720 per unit dan pada 31 Disember 2015 harga seunit ASN adalah RM0.6822 per unit

Bagi amanah saham harga tetap potensi pulangan pelabur dijana melalui 1 kaedah iaitu DIVIDEN TAHUNAN..Apabila tahun kewangan tabung berakhir setiap tahun sebagai contoh ASB pada 31 Disember pihak pengurusan akan mengumumkan DIVIDEN @ dalam bahasa teknikalnya AGIHAN PENDAPATAN(Jika ada)..Ramai yang merasakan ianya GUARANTEE sedangkan ianya tidak..Anda boleh rujuk PROSPEKTUS atau pun BUKU LAPORAN TAHUNAN di bahagian POLISI PENGAGIHAN PENDAPATAN..Cuma secara track record pihak pengurusan tidak pernah gagal memberi dividen tahunan

Bagi amanah saham harga berubah ubah potensi pulangan pelabur dijana melalui 2 elemen iaitu
1)KENAIKAN HARGA SEUNIT
2)DIVIDEN TAHUNAN

Sebagai contoh anda melabur dalam tabung ASN pada harga seunit RM0.6822..Selepas satu tempoh contohnya 3 tahun harga seunit meningkat kepada RM1.00 per unit..Means anda telah mendapat keuntungan pertumbuhan modal dari kenaikan harga seunit tadi..

Dividen dalam amanah saham harga berubah ubah adalah SAMPINGAN sahaja..Means jika ada OK jika tiada NO PROBLEM..Ini kerana % terbesar pulangan pelabur dijana oleh kenaikan harga seunit

Sehingga Disember 2014 ada 626 amanah saham yang telah diluluskan oleh SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA..Anda boleh semak senarai amanah saham tersebut dilaman web rasmi www.sc.com.my..Dari jumlah itu lebih kurang ada 6@7 sahaja amanah saham yang berharga tetap..Ini bermakna lebih 90% amanah saham yang berada di pasaran adalah amanah saham harga berubah ubah..

Tidak dinafikan penerimaan masyarakat khususnya orang melayu bumiputera terhadap amanah saham harga berubah ubah masih rendah berbanding dikalangan masyarakat bukan melayu..Ini kerana masyarakat melayu bumiputera amnya lebih selesa melabur didalam amanah saham harga tetap dan merasakan melabur dalam amanah saham harga berubah ubah ni rugi dan risiko tinggi..

Tetapi yang mengejutkan berdasarkan LAPORAN TAHUNAN ASN 2015 sehingga 31 Disember 2015 ada 1.25 JUTA!!! pelabur yang melabur didalam tabung ASN..Adakah lebih sejuta pelabur ni tidak takut kerugian seperti yang ditakuti oleh orang lain?????..Yang lebih menarik ada amanah saham harga berubah ubah dan PATUH SYARIAH di pasaran yang mencatatkan pulangan untuk tahun 2015 sekitar 30%-40% SETAHUN!!!!!

Yang membezakan pelabur yang berjaya@gagal adalah ILMU..Ramai antara kita gagal dalam pelaburan kerana membuat keputusan melabur berdasarkan sentimen,emosi,cakap cakap orang,pandangan dari pihak yang bukan ahlinya dan sebagainya..Jika tidak baik 1.25 JUTA pelabur yang melabur dalam tabung ASN mengeluarkan pelaburan mereka jika ianya merugikan..

Tuan tuan,puan puan sahabat pelabur..
Kita tidak boleh menyamakan setiap pelaburan adalah sama konsep dan kaedahnya kerana setiap pelaburan itu ada METHOD,STRUKTUR & OBJEKTIF tersendiri..Melaburlah dengan ILMU agar kita boleh mencapai matlamat pelaburan khususnya untuk jangkamasa panjang..

‪#‎MELABUR‬ DENGAN SABAR & TENANG

MOHD AZRIK BIN SAPEE
GROUP AGENCY MANAGER M.A.S AGENCY
PMB INVESTMENT / PELABURAN MARA
0174219195 / azriksapee@yahoo.com

No comments:

Post a Comment