Wednesday, June 22, 2016

Berapa Saya Dapat Jika Saya Terminate Sekarang?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1313363918691271&id=100000530270399

Berapa Saya Dapat Jika Saya Terminate Sekarang?


Soalan yang sering diutarakan oleh setiap orang. Duit hasil pelaburan kita kan, mesti lah kita nak tau berapa dapat. Berbaloi ke x. Kan ?

Tapi kenapa perlu bertanya soalan ni ? Kan ada Online Banking seperti Maybank2u, Cimbclick dll. Tengok lah kat situ. Adehhh..... Xperlu dah nk kira guna financial calculator, bukan tepat pun. Online banking akan tunjuk nilai yg setepat-tepatnya. (Y)✔️

Macam mana nk tengok online banking ni ❓❓❓

Untuk Cimbclick, korang rujuk kat OUTSTANDING BALANCE. Jangan pi tengok kat principal outstanding pulak. Kat situ dah boleh tau lah berapa principal korang dapat kalau proses terminate tu SETTLE HARI INI.

Contoh (rujuk gambar)
150k - 149,624.75 = rm375.25 ✔️

Jumlah ni lah baki principal yg korang akan dapat jika proses terminate tu settle hari ini. Korang tau x outstanding balance tu akan meningkat setiap hari ? Mesti lah. Sebab setiap hari akan ada interest. So setiap hari lah nilai tu akan bertambah.

Kalau korang gi terminate sekarang, bukan dapat settle hari ni terus. Anggap lah 30 hari baru boleh settle proses terminate tu. Aku anggarkan 15 julai settle terminate. So berapa yang aku akan dapat ?

149,191.44 x 5.1% x 30/366
= 623.67 (profit bank 1/6 - 30/6)

149,191.44 + 623.67
= 149,815.11 (o/s balance on 1/7)

149,815.11 - 805.23 (installment)
= 149,009.88 (o/s balance on 1/7)

149,009.88 x 5.1% x 15/366
= 311.46 (profit bank 1/7 - 15/7)

149,009.88 + 311.46
= 149,321.34 ✔️ (o/s balance on 15/7)

So pada 15/7, settle lah terminate.
Check berapa o/s balance.
Ni lah baki principal yg korang dapat
150k - 149,321.34 = 678.66 ✔️✔️

Kesimpulannya, kalau nak termjnate sekarang, buka lah online banking. Benda simple je kot. Haha

- Apih Precious -

Monday, June 20, 2016

Mengenai Pembiayaan Perumahan, CCRIS, DSR, ASB ***

https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=1734416630106516&id=100006145873646


Ramai mesej aku beritahu pembiayaan perumahan tak lepas sebab ada pembiayaan ASB.

Bila aku tanya dengan lebih lanjut apa komitmen yang dia ada, rupanya ada kad kredit dan ansuran kereta. Tapi, kenapa ASB Financing jugak yang dipersalahkan?

Hutang baik jugak yang nampak jahat di mata kau orang ye? Yang hutang kad kredit tertunggak tu, tak nak kira?

Senang je nak lulus pembiayaan perumahan. DSR dan CCRIS kena jaga.

Antara beli rumah dengan buat ASB Financing, mana yang nak buat dulu?

Ikut matlamat kau orang lah. ASB Financing kena setahun baru dikira sebagai pendapatan. Kalau baru berhasrat nak beli rumah tapi duit deposit pun tak ada lagi, boleh buat ASB Financing. Dapat cipta rekod CCRIS. Dapat pulak modal untuk beli rumah. Kan bagus tu.

Kalau dah jumpa rumah dan ada duit deposit semua, teruskan memohon pembiayaan perumahan. ASB Financing ni sebagai tools untuk dapatkan tunai dengan cepat.

***

Secara asasnya, sebarang komitmen hutang dengan institusi kewangan akan masuk ke dalam laporan CCRIS. Laporan CCRIS ni boleh didapati di BNM.

Adakah semua bank menerima dividen ASB sebagai pendapatan? Berikut merupakan senarai bank yang aku tahu yang menerima dividen ASB sebagai pendapatan selepas setahun buat pembiayaan ASB. Jika ada ralat, mohon komen.

Pendapatan :
1. Maybank
2. BSN
3. RHB
4. CIMB: Dikira 80%
5. Bank Rakyat: Syaratnya mesti lepas 3 tahun, bawah 3 tahun dikira komitmen.
6. Bank Islam: Pendapatan dan komitmen bergantung pada tempoh yg diambil.
7. Al-Rajhi
8. HSBC Amanah

Komitmen:
1. Affin Islamic
2. Public Bank

*Mungkin akan berubah dari masa ke semasa mengikut polisi pihak bank.

Kesimpulannya, semua ASB Financing masih dikira sebagai komitmen dan menyumbang kepada Debt Service Ratio (DSR). Tapi, dividen yang dapat tu diambil sebagai pendapatan. Bergantung kat bank jugak lah. Ada bank yang ambil 100% sebagai pendapatan dan ada bank yang ambil 80% jer sebagai pendapatan.

Kau orang kena ingat apa yang ada dalam rekod CCRIS semuanya adalah KOMITMEN dan akan memberi kesan kepada perkiraan DSR.

Dah kau tahu kau nak beli rumah bulan Ogos 2016, yang pergi buat pembiayaan ASB bulan ni kenapa? Dah tahu tiap bulan kau kena bayar guna pendapatan kau kan? Kira komitmen lah tu. Dah dapat dividen baru jadi pendapatan. Itu pun tak tahu keeee?

***

CCRIS akan wujud bila kau ada komitmen dengan bank. Bayar pada tarikh yang ditetapkan, sentiasa bayar pada awal waktu ataupun bayar lambat, tetap ada. Kalau bayar cun, dekat kotak tu 0,0,0,0 je. Kalau bayar culas, ada la nombor 1,2,3 mewakili bulan yang kau tertunggak bayar. Ada faham?

Semasa memohon pembiayaan perumahan, kau orang WAJIB lampirkan salinan:

i. Letter Offer ASB Financing
ii. Buku ASB yang telah dikemaskini.

Sebab dalam laporan CCRIS kau orang akan muncul rekod jika buat RM200K ASB Financing dengan bayaran bulanan RM1100. Yang muncul dalam laporan CCRIS ialah jumlah pembiayaan RM200K. Jadi, banker tak tahu berapa sebenarnya jumlah komitmen yang kau kena bayar setiap bulan.

***

DSR (Debt Service Ratio) adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan.

Pihak bank akan kira DSR berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan CCRIS. Biasanya, DSR maksimum yang dijadikan kayu ukur untuk mendapatkan pembiayaan perumahan adalah tidak melebihi 70%.

Bancian DSR:

Bank Umur Gaji% Gaji%
1. Bank Islam 70 RM7K<70% RM7K>75%
2. Ambank 70 RM5K<60% RM5K>70%
3. MBB 70 RM3.5K<40% RM3.5K>70%
4. Cimb 70 RM3.5K<60% RM3.5K>75%
5. MBSB 70 80% 80%
6. RHB - RM2.6K<55% RM2.6K>75%
7. Affinbank - RM5K<60% RM5K>80%

*Kemungkinan maklumat tidak tepat 100%. Sebagai panduan sahaja.

***

Rajin-rajinkan lah ke bank sebelum memohon pembiayaan perumahan.Walk in ke bank dan tanya. Bawa penyata gaji dan Letter Offer semua komitmen dengan bank yang kau ada. Setiap individu akan berubah dia punya result berdasarkan latar belakang individu tersebut. Profail setiap individu berlainan.

Tak ada CCRIS pun boleh mohon pembiayaan perumahan. Cuma mungkin akan dapat kadar profit bank yang lebih tinggi sedikit