Monday, May 30, 2016

Basic Calculation ASBF pun x tau

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1295742420453421&id=100000530270399



Basic Calculation ASBF pun x tau
============•============

Sekarang ni ramai dah orang share teknik-teknik ASB Financing. Tapi apa yang aku perhatikan, mereka semua ni buat secara hentam je. Kadang2 kalau salah langkah, keuntungan tu xkan dapat di maksimumkan. Sebab tu basic pemahaman tentang ASBF ni penting.
X guna tahu banyak teknik, tp basic calculation pun xtau. Nanti masa terminate, jumlah hasil yang dapat kurang dari anggaran. Baru padan muka. Haha.

( Soalan2 yang biasa kita dengar )
1. Kalau terminate sekarang, nanti bln 1 tahun dpn ni dapat x dividen ?
• mesti lah dapat. Kalau x dapat, rugi je lah tiap2 bulan kita bayar kat bank tu. Masalahnya tau x camne pengiraan dividen? Dividen dikira berdasarkan baki terendah setiap bulan. Maksudnya setiap bulan akan dikira dividen, tapi pembahagian dividen diberi masa awal tahun bulan 1 nanti tu.

2. Bila masa terbaik untuk apply ASBF ni?
• masa terbaik adalah 10 tahun lepas. Haha. Asyik tanya bila masa sesuai, tapi buat tu x. Fast action fast result. Setiap masa adalah sesuai, xde beza pun bila masa yg terbaik. Yang penting ACTION.

3. Kalau saya terminate sekarang, berapa yang saya dapat ?
• kan dah ada online banking seperti maybank2u, cimbclick. Tengok je lah kat situ. Kat situ dah tertulis secara detail dan tepat berapa nilai yang akan kita dapat selepas terminate. Tengok kat total outstanding. Pahtu, nilai sijil - total oustanding. Dapat lah nilai principal tu. Kalau tnya orang lain, dia akan guna financial calculator je. Tp nilai yg dapat akan ada ralat sebab principal yg dapat berbeza bagi yg dapat free 1 month dividen n yang xdpt. Lain lah klu korang tanya, klu terminate 2 tahun lagi, brp akan dapat. Baru lah blh kira guna financial calcultor

4. Apa beza ambil takaful dengan x ambil takaful.?
- bezanya protection je lah. Kalau ambil takaful, bayaran bulanan mahal sikit, nnt nk terminate pn, nilai principal yang dapat kurang sikit. Sebabnya, dah nilai pinjaman korang bertambah, so masa nk terminate nnt, principal pn dapat sikit lah sebab nk tolak nilai takaful lagi.

Apa2 pn, basic calculation dan pemahaman tentang ASBF ni kena lah tau. Terutama bab pengiraan dividen. Kalau semua dah tau, baru lah senang nk set gameplan masing2.

Sunday, May 29, 2016

Saturday, May 28, 2016

petrol

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10205335313730346&id=1473344919&set=a.1962384347292.2098613.1473344919

Monday, May 16, 2016

TIPS MEMILIH enjin dan kereta second


TIPS MEMILIH enjin HALFCUT

1) Buka radiator cap. pastikan air dalam tu ijau cantik punyer...pastu jgn ttp...biar je terbuka...pastikan air dalam tangki spare cukup...

2) Buka oil cap.tengok keadaan dalam enjin sama ada berkarat atau kekuningan...kalo karat,bermakna enjin sudah lama tak hidup..kalo kuning, ok la tu...kalo depan kesan hangus...(bau minyak hangus) sendiri mau ingat.

3) Tarik deep dtick...lap 1x...tengok ade kesan minyak tak...(biase kalo ade akan jd berbelang)...kalo ade belang tu...maksudnye enjin sudah lame tak hidup atau minyak enjin sudah lama tak tukar. bila check dipstick tu... make sure warna minyak itam tu bukan kelabu... kalau kelabu.. maknanye enjin dah masuk air..... trang tang tang... penah aku nak beli halfcut L5 air tu.. tauke tu kata boleh tukar minyak itam kompem ok.... aku kata.. kepala otak ko!!! in the 1st place camne pulak air boleh masuk ke dalam enjin kalau bukan head gasket dah problem...
lagi satu yg jarang orang buat... compression test... bawak ler pomen atau pinjam ler tools tu... tak rugi check.. nak2 pulak kalau korang ambil halfcut yang harga2 mahal... GSR contohnye... ataupun halfcut yg sparepart/ top set nye boleh buat rahang korang jatuh.. hehehe

4) Kalo enjin turbo...cube tengok sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) sama ada leaking atau tak...kalo leaking...tak yah amik.

5) Biasenye halfcut,ade ekzos sparuh...korbankan skit tangan korang yang bersih tu,"colek"skit kat bhgn dlm ekzos tu...tgk ade minyak ke x...kalo ade minyak...(atau kesan minyak enjin)...maksudnye valve seal da bocor...

6) Tengok mileage...(jangan percaye sgt, ade yang meter pusing)

7) Perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ada banyak habuk melekat,jadi hitam...tu takpe...boleh cuci...tapi kalo basah ngan minyak,tak payah amik.

8) Apabila korang betul2 dah puas ati dgn kriteria di atas, barulah korang suruh die start enjin...dgr die punye autochoke,jalan ke tidak...rpm akan jadi tinggi mase autochoke ni on...

9) Tengok Post no 1 tu, aku cakap jgn tutup radiator cap kan?...ha...mase enjin baru nk start ni la byk rahsia ttg enjin tu yg korang boleh tau...tengok sama ada air dlm radiator tu,melompat keluar atau tak...kalo melompat je...korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik halfcut tu, takyah amik...comfirm byk problem halfcut tu...lepas tu korang biar je sambil tengok air dalam radiator tu,kurang atau tak...dlm mase yg same, tgk dkt ekzos, mesti ade sedikit asap warna putih atau itam (normal ni, sbb pembakaran belum lengkap, enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh atau merecik melalui ekzos... ini tandanye enjin tersebut berada pada tip top condition...

10) Perkara paling penting skali mase bli halfcut ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jgn buka air cond dulu...biar die jalan dulu...lantakla kalo tak cukup minyak pun...suruh tokey tu tambah lagi petrol...cakapla yang kite nak beli...die mesti layan punye...dengar betul2 die punye idling,elok ke tidak...

11) Bila kipas da pusing...em...kalo bole biar smpi cut...tgk sama ada semput ke tak...kalo semput...mintak turun harga...mungkin plug da tak elok...(sampai stage ni,korang mesti beli,kalo tak beli,siap la korang kene hamun ngan tokey tu)

12) Lepas tu...barulah korang check functional setiap controller...aircond,lampu hujan,lampu besar,lampu highbeam,signal-yang penting nyala,kelp ke tak kelip ke,bukan salah lampu tu,sebab signal blakang takde,so relay jadi tak betul,lps tu tgk lampu2 meter,temperature tu jgn lupe,jgn lebih separuh jam...kalo salah satu dari ni tak function,mintak turun harge kaw2 punye...

13) Pastikan korang dapat complete ngan disc blakang skali,absorber,tangki minyak dan floor mat...kalo xde,mintak turun harga lagi...

14) Yang penting skali...lps idupkan enjin...biarkan dlm 5 minit pastu tekan clutch...kalo RPM drop maknenye main bearing da lingkup (utk halfcut manual sahaja)

(Info ini Pun boley digune pakai masa nak bli kereta secondhand.wa post kat si

Saturday, May 7, 2016

rxz

https://m.facebook.com/lulu.li.752/albums/1087398584651893/?refid=28&_ft_=qid.6281926933371063883%3Amf_story_key.45053070516230357&__tn__=C

financial questions

http://tipsmengandung.blogspot.com/2016/05/haram-dan-berdosa-besar-membeli-secara.html?m=1


Riba adalah ziyadah atau increment atau excess pada  perkara tertentu lebih menjurus kepada terlebih pada sesuatu iaitu
1)      Di dalam hutang
Cth: Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba samada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas

2)      Bayaran secara bertangguh
Cth: Perlu bayar RM2000 dalam masa 5 bulan, si penghutang tidak membayar dalam  jangkamasa tersebut,  lalu si penghutang beri tangguh dengan dikenakan syarat dari  RM2000 menjadi RM2050 kerana kelewatan membayar. RM50 itu adalah riba

3)      Riba dalam pertukaran barang dengan barang, terdapat 6 jenis barang
Cth: Tukar emas lama iaitu 2g dengan emas baru 3g. Jika ada pertambahan/pengurangan maka ia adalah riba

4)      Bayar emas dalam waktu yang bertangguh

Ulama iaitu Umar Al-Khatab menyarankan untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami riba.

Umar Al-Khatab: “Aku berharap Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak didedahkan secara terperinci berkenaan dengan 3 perkara iaitu perwarisan harta cucu oleh datuknya, kalalah (harta si mati yang tidak meninggalkan waris atau mempunyai waris) dan jenis-jenis riba. (Riwayat Al-Bukhari)

Imam Ibn Kathir (ulama yang sohor): “ Bab riba adalah bab yang susah untuk difahami”

Imam Abu Hamid Al-Ghazali: “Bab riba adalah bab yang sukar untuk diajari”

Pengajian bab riba adalah tanda keimanan dan ketakwaan yang tinggi kerana kesukarannya untuk memahami, untuk pelajari dan untuk menjauhinya  (ada disebut dalam Surah Al-Baqarah)

Di dalam pengajaran riba ada pandangan ekstrem, tasahul (ringan/mudah) dan wasati (seimbang dan equilibirilium). Namun pandangan wasati yang dilebihkan kerana lebih tepat dan mantap pada sesuatu zaman untuk mengelak kesukaran kepada masyarakat.

Cth pandangan wasati: Tidak riba jika penjual menaikkan harga sesuatu barang


Riba dalam bentuk pinjaman
Dalam bahasa arab 2 jenis pinjaman iaitu
Qar, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang sama. Cth:  Duit seringit dengan duit seringit, beras (long grain) dengan beras (long grain yang sama)
I’arah, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang berbeza, Cth: iPad2 (umur 2 tahun) dengan iPad2 (1 tahun)

Persepakatan ulama silam, pinjaman dalam bentuk Qar atau I’arah jika disyaratkan pembayarannya samada di dalam bentuk berlainan seperti hadiah, melebihi daripada pinjaman permulaannya adalah haram dan RIBA.

Cth dalam konteks semasa,

Pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli kereta iaitu RM100K, 10 % bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM

PEMBELIAN KERETA DENGAN PINJAMAN DARIPADA BANK KOVENSIONAL ADALAH RIBA.

Sesiapa yang mengambil atau memberi RIBA adalah mengisytiharkan perang dengan ALLAH S.A.W dan RASULLAH S.W.T

Rasullah bersabda, dosa sesiapa yang terlibat dengan RIBA, walaupun sebanyak 1 dirham  (RM20) bersamaan dengan berzina sebanyak 36 kali. Akibat dosa begini iaitu riba yang tidak disedari antara punca penyebab solat kurang khusyuk, doa tidak diterima, tidak mahu nasihat dsb.

Rasullah juga bersabda, riba boleh datang dalam 72 pintu, yang paling ringan dosanya umpama seorang lelaki berzina dengan ibunya dan untuk perempuan, umpama berzina dengan bapanya.
 
Pinjaman untuk rumah yang dibuat dengan bank konvensional  selain riba terdapat juga GHARAR (penambahan yang tidak tahu berapa nilainya)
Cth: pinjaman RM200k dengan interest 4% dan pertambahan BLR-2.0%. BLR itu adalah gharar dimana nilainya mengikut  ekonomi Malaysia yang tidak diketahui dinilainya.

Maka, dosa meminjam duit dengan bank konvensional untuk membeli rumah adalah LEBIH BERDOSA berbanding dengan beli kereta kerana adanya GHARAR.
 
  Kad kredit deng